Abdul Haris
3.4 Faedah dan atribut dalam perdagangan bergerak


Secara umumnya kebanyakan aplikasi e-dagang boleh dilakukan di dalam e-dagang, contohnya e-shopping, e-banking, e-stock, dan lain-lain.

Ciri-ciri perdagangan bergerak:
  1. Mudahalih (mobility) – pengguna boleh membawa telefon bimbit atau peralatan lain ke mana sahaja. Oleh itu pengguna boleh berurusan dengan sistem serta perniagaan bila-bila masa mereka kehendaki.
  2. Kebolehcapaian yang luas – pengguna boleh dihubungi pada bila-bila masa.



Kedua-dua ciri ini telah menghapus halangan geografi dan masa dan telah menambah nilai (added value) kepada pengguna. Antara berikut dalam nilai tambahan ialah :

  1. Capaian yang meluas kerana pengguna boleh dicapai di mana sahaja bila-bila masa
  2. Selesa – kemudahan yang diberikan memberikan kesenangan kepada pengguna untuk digunakan.
  3. Capaian yang segera – pengguna dapat dihubungi dengan kadar yang lebih cepat.
  4.  “Personalization” – maklumat boleh diberikan kepada pengguna yang spesifik.
  5. Produk dan perkhidmatan yang diberikan  kepada pengguna yang diketahi tempatnya. Boleh target kepada pengguna yang lebih spesifik.


0 Responses

Catat Ulasan